Minda 1: Rahsia Kehebatan Otak Manusia..

(Karton popular di tayangkan di TV9..)
Pernah tak kawan-kawan tonton rancangan karton jimmy neutron nie?? Ini salah satu rancangan karton saya tonton..hehe.. Buat sesiapa yang tidak pernah tengok karton ini, cuba tengok sekali di tv9..Bukan nak promote tentang karton nie..hehe.. Ada pengajaran yang boleh diambil dari karton ini..Tahu tak watak jimmy di gambarkan mempunyai kepala yang besar kerana otaknya yang pitar mencipta perkara baru.. Walaupun ciptaannya memang tidak logik, tapi pengajaran yang perlu kita ambil..hehe..

Setiap kali mencipta sesuatu alat, pasti akan ada masalah yang akan timbul.. Dan akhirnya jimmy juga yang selesaikan.. Setiap kali ingin selesaikan masalah, dia akan berkata..versi melayu ea..”berfikir..berfikir..berfikir..” sambil effect di tunjukkan berlaku dalam otaknya yang menandakan dia sedang berfikir..

Begitu jugalah sebenarnya realiti otak kita..=) Apabila kita paksa otak berfikir, dan akhirnya kita berjaya fikir sesuatu yang sebelum ni susah nak fikir.. Biasanya kita akan gunakan kaedah jimmy ini apabila berada di dewan pepriksaaan. betul tak?? hehe.. Biasanya bila penjaga dewan maklumkan masa tinggal 15 minit or 10 minit lagi, masu tu idea tiba-tiba datang untuk menjawap soalan yang sukar yang tidak kita tahu..Betul kan?? Saya biasa juga berlaku macam nie..hehe.. Biasa la, bila dah terlampau banyak perkara yang nak diingat + gemuruh lagi dalam dewan + pressure lagi, otak tidak dapat berfikir secara kritis. Ada something blok otak kita time tu..huhu.. Namun apabila dipaksa otak berfikir disebabkan yang tinggal beberapa minit lagi, kita tidak sangksoalan tersebut dapat dijawab juga akhirnya..
Dari situasi sebegini, otak kita akan berjaya berfikir apabila dipaksa oleh kita sendiri..=) Jika kita set otak kita untuk tidak berfikir, malas berfikir, then otak kita akan ikut tidak befikir la..

Tingkatkan kemampuan otak..

Sebenarnya kemampuan otak boleh di tingkatkan dengan melakukan beberapa perkara seperti:

1. Membaca lebih banyak buku2 ilmiah yang berbentuk fakta. Ya..buku ilmiah berbentuk fakta! Bukan komik, majalah gosip dll yang kurang berfaedah.. Lebih banyak fakta atau input yang diterima otak, lebih banyak input yang mampu disimpan..

2. Mengeluarkan semula fakta2 yang telah dihafal atau diingat menerusi perbincangan, menjawab soalan peperiksaan. Dengan cara ini, kita akan membantu otak untuk mencari dimana fail data yang telah dibaca sebelum ini dan secara tidak langsung meningkatkan kemampuan otak berfikir.

3. Sentiasa melatih otak untuk mencuba perkara yang baru. Dalam kata lain cabar kemampuan otak anda. Banyak melatih otak berfikir apabila melihat sesuatu perkara. Berfikir baik buruk sesuatu yang kita lihat..

4. Otak memerlukan tenaga dan rehat yang cukup seperti badan kita juga..=) Cara merehatkan otak adalah seperti berkelah atau bersia-siar di taman, bersukan, tidur yang cukup, membaca al-Quran dan solat sunat.

5. Mengamalkan produk Mindatif Plus..=)
Fakta Mindatif Plus..
Tahukan anda bahawa kalium fosfat yang terkandung dalam mindatif plus membantu untuk membina sel-sel neuron dalam otak..=) Kelebihan kalium fosfat ini, ia membantu untuk menguatkan ingatan, kepekaan, meningkatkan kecerdasan fikiran dan menguatkan hafalan..insyaALLAH..
Dengan mengamalkan Mindatif Plus, insyaAllah ia dapat membantu merangsanag dan meningkatkan kemampuan otak untuk berfikir..

Penutup..

Otak yang tidak dirangsang atau diarahkan berfikir, lama-kelamaan akan berkarat. Otak perlu dirangsang untuk berfikir setiap masa. Lebih banyak kita berfikir, lebih tinggi kemampuan otak kita berfikir. Berfikir tidak semestinya memikirkan hal-hal dunia sahaja..Sebagai seorang muslim, perlu seimbangkan juga dengan perkara akhirat.. Melatih memikirkan kehebatan kekuasaan ciptaan Allah SWT merupakan salah satu cara tingkatkan kemampuan otak berfikir..
InsyaALLAH, setiap hari rabu saya akan keluarkan satu artikel baru berkaitan minda hebat..InsyaAllah minggu depan saya akan bawakan tips merangsang otak dengan persekitaran dan banyak lagi..Dengan info2 ini, kita dapat menambah ilmu yang bermanfaat dan yang paling penting dapat menambah keimanan dan mendekatkan diri kita dengan pencipta kita ALLAH SWT..
Saya akhiri post kali ini dengan fakta berikut:


” Otak orang biasa mampu memiliki sekurang-kurangnya 120 jenis kemahiran. Berapa jenis kemahiran yang telah kita miliki??” Pikir2kan..