Minda 2: Warna, Muzik, dan Bauan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 sekalian..


Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua sahabat yang datang melawat blog saya yang

menanti artikel terbaru dari buku rahsia minda hebat. Beberapa minggu ini tidak sempat untuk

berkongsi artikel. Alhamdulillah, pada artikel yang lepas saya telah berkongsi tentang rahsia

kehebatan otak manusia. InsyaAllah kali ini saya ingin mengajak rakan2 sekalian tingkatkan

kempuan otak dengan teknik dan cara yang betul.



Sebelum ini saya namakan siri artikel minda hebat ini info 1. Namun selepas meneliti lebih

detail, saya menukarkannya kepada minda 1 kerana ianya lebih sesuai dan mesra untuk rakan2

mengenal pasti artikel yang berkaitan minda hebat ini. =)



Sebagaimana yang kita ketahui, otak kita terbahagi kepada dua bahagian, otak kiri dan otak

kanan. Otak kiri dikatakan berupaya mengawal dan menguasai aktiviti2 logikal dan akademik

manakala otak kanan berupaya mengawal dan menguasai aktiviti2 imaginasi dan kreativiti. Otak

kiri lebih kearah mengingat fakta, manghafal sesuatu formula, menyelesaikan masalah matematik.

Sementara otak kanan lebih berkaitan kesenian, emosi dan perasaan, lebih kepada penghayatan dan

mengambarkan atau imaginasi.Biasanya kita akan melihat seseorang yang bekerjaya sebagai jurutera

kurang arif tentang sastera atau kesenian kerana kecenderungan otak kiri berfikir berbanding

otak kanan dan sebaliknya.



Namun begitu, kita sebenarnya boleh melatih kedua2 bahagian otak kita berfikir secara lebih

effective atau berkesan. Dengan latihan dan rangsangan yang betul kita mampu tingkatkan kemampuan otak kita berfikir.

Salah satu cara merangsang otak adalah dengan menggunakan warna. Setiap warna mempunya makna

atau persepsi yang berbeza. Sebab tu ada pakar2 motovasi ada menyentuh tentang pemilihan warna

dalam kerjaya. Seperti mengalakan pelajar membuat mindmap menggunakan pen pelbagai warna. Atau

memilih warna yang tertentu apabila ingin melaksanakan sesuatu tugasan. Mengapa?? Kerana warna

yang kita lihat, kita pakai kadang kala bermain dengan emosi dan persekitaran.



Kita dapati kanak2 lebih menyukai buku yang berwarna warni dan bergambar. Lihat sahaja

permainan yang dijual untuk kanak2, semuanya berwarna yang terang dan warna2 seperti ini mudah

menarik minat kanak2. Tadika dan pusat2 asuhan kanak2 juga diwarnai dengan pelbagai warna2 yang

terang untuk mengambarkan suasana ceria.



Dari sudut pelajar, nota yang berwarna-warni lebih mudah membantu pelajar mengingat dan

menghafal. Kita perhatikan dua contoh peta minda di bawah, mana satu yang lebih menarik dan

mudah dibaca? Yang berwarna atau hitam putih??Sudah pasti yang berwarna-warni lebih menarik

bukan?? Maaf jika nota dalam gambar ini sukar untuk dibaca..Untuk membuat nota berwarna yang

efective, perlu belajar dan bertanya dengan guru2..



Selain nota berwarna, kita juga boleh tingkatkan daya ingatan dengan lukisan atau gambaran

atau jalan cerita atau pun melalui muzik. Saya teringat zaman sekolah, ketika form 5 semasa

subjek pendidikan islam. Ustaz telah habis mengajar semua topik dari form 4 dan form 5 untuk

cover SPM. Untuk membantu kami mengingat peristiwa dan fakta2 yang ada, ustaz membuat

pertandingan mencipta lirik lagu berdasarkan subjek pendidikan islam.



Setiap kumpulan terdiri daripada 3 atau 4 pelajar. Bukan kelas saya sahaja membuat lirik

lagu tetapi semua kelas yang ustaz ajar turut serta. Ada dalam 4 kelas kesemuanya.. Macam2 lagu

diambil untuk disesuaikan dengan fakta2 yang ada dalam subjek pendidikan islam tersebut.

Menariknya semua kumpulan akan mempersembahkan lagu2 mereka di hadapan kelas2 lain..



Walaupun bukan semua fakta boleh dimasukkan dalam sebuah lagu tetapi pada saya teknik ini

berkesan. Bayangkan ketika menduduki SPM pendidikan islam, ramai rakan2 kelas mulut terkumat

kamit termasuk saya..Tahu mengapa? Bukan makan atau mengungah gula2, tetapi cuba mengingat

kembali fakta2 dengan cara menyanyikan lagu2 yang berkaitan soalan tersebut..hehe..



Sehingga hari nie rasanya saya masih ingat serba sedikit lagu2 yang direka ketika itu..

lucu pun ada apabila teringat..hehe..Satu contoh lagu yang masih teringat, definisi sembelih.

Liriknya tentang makna sembelih, lagu nasyid tajuk sahabat..Lagu nie direka oleh rakan2 kelas

saya ct hajar, zuhairah (kak long), wana dan hafizah jika tak silap..hehe.



Jika kita dapati sekarang anak2 kecil lebih cepat dan mudah menghafal lagu2. Di tadika2,

kanak2 akan gemar dan seronok apabila cikgu2 memainkan muzik atau meminta mereka untuk menyanyi.

Namun begitu, nyanyian perlu diseimbangkan kerana ia boleh membawa kesan yang kurang baik

apabila tidak dipantau. Contoh jika anak2 kecil di provoke atau terlalu didedahkan dengan

hiburan setiap masa, atau dilebihkan dengan hiburan sahaja, bimbang akan timbul rasa malas untuk

belajar. Kedua2nya perlu seimbang antara muzik dan pembelajaran normal. Muzik sebagai medium

untuk menarik minat untuk belajar dan merangsang pertumbuhan otak.



Imam al-Ghazali berpendapat alunan bunyi yang berirama daripada alam semula jadi merupakan

muzik yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Bunyi-bunyian ini boleh mendatangkan

ketenangan pada minda untuk memudahkan saranan berlaku dimana secara tidak langsung ia

merangsang kedua-dua belah otak untuk menerima pembelajaran.



Selain warna, gambar dan muzik, kemampuan otak boleh dirangsang dengan bau-bauan. Jika kita

perhatikan sekarang telah ada aromatherapi2 yang dijual dipasaran. Biasanya aromaterapi ini

digunakan di SPA urutan untuk memberikan kedaimaian dan kelegaan kepada pengguna. Ada juga

aromatherapi yang sesuai digunakan untuk pembelajaran.



Bau2an yang segar dan wangi ini secara tidak langsung merangsang otak untuk rasa selesa dan

segar. Bayangkan jika bilik belajar kita berbau busuk, adakah kita akan selesa belajar disitu?

Atau ruang pejabat kita berbau busuk tanpa pewangi, adakah kita selesa duduk di pejabat seperti

itu 8 jam?? Tidak selesakan??Jesteru bilik dan suasana yang wangi mempengaruhi otak kita sebenarnya..

Menurut Imam Syafi’i r.h:

” Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh adalah dengan mencium bauan yang harum.”
Rasullulah SAW bersabda:

” Sebaik-baik wangian ialah minyak kasturi.” (Riwayat Ahmad)

Antara khasiat Kasturi adalah seperti:

Menguatkan, menenangkan dan meriangkan jiwa (hati)
Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
Menghilangkan debaran jantung/sesak nafas.

Banyak lagi fakta2 menarik yang terdapat dalam buku rahsia minda hebat ini yang tidak saya

nyatakan disini. Sesiapa berminat boleh dapatkan buku ini dikedai2 buku berdekatan atau boleh

membeli secara online. Tidak rugi membelanjakan sedikit wang untuk menambah ilmu yang

bermanfaat, insyaAllah..=)



InsyaAllah minggu hadapan saya akan bawakan beberapa fakta atau info menarik lagi. Semoga

artikel2 saya ini membawa manfaat untuk kita bersama dan bakal melahirkan generasi minda hebat

insyaAllah..Sekian.